Electronic Arts
Electronic Arts

Electronic Arts

Electronic Arts (EA) (NASDAQ: ERTS) adalah penerbit, pemasar, pembangun serta pengedar permainan video berpangkalan di Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Trip Hawkins, syarikat tersebut menjadi perintis kepada industri permainan komputer rumah serta dikenali kerana mempromosikan pereka serta pengaturcara yang bertanggungjawab terhadap permainan keluaran mereka. Awalnya, EA merupakan penerbit permainan komputer rumah. Pada lewat 1980-an, syarikat tersebut mula membangunkan permainan sendiri serta menyokong konsol permainan pada awal 1990-an. EA kemudian berkembang melalui penguasaan beberapa syarikat pembangun berjaya. Sehingga awal dekad 2000-an, EA menjadi penerbit permainan video ketiga terbesar di dunia. Pada Mei 2008, syarikat telah merekodkan pulangan bersih sejumlah AS$4.02 bilion pada tahun fiskal 2008.[3] Pada masa sekarang, permainan EA paling berjaya ialah permainan sukan yang diterbitkan di bawah label EA Sports, permainan berasaskan filem berlesen serta permainan daripada francais yang berterusan seperti Need for Speed, Medal of Honor, The Sims, Command & Conquer serta judul lebih kemudian bagi siri Burnout.

Electronic Arts

Industri Permainan video
Pendapatan bersih ▲$339 juta USD (2008)
Bilangan pekerja 7,900 (2007)[2]
Perancang utama John Riccitiello, CEO
Frank Gibeau, Presiden, Label EA Games
Peter Moore, Presiden, EA SPORTS
Kathy Vrabeck, Presiden, EA Casual Entertainment
Nancy Smith, Presiden, Label The Sims
Larry Probst, Pengerusi lembaga serta bekas CEO (1991-2007)
Trip Hawkins, pengasas serta bekas CEO (1982-1991)
Ibu pejabat Redwood City, California, AS
Laman sesawang www.ea.com
Ditubuhkan 1982
Hasil ▲$4.02 bilion USD (2008)[1]
Jenis Awam (NASDAQ: ERTS)